Sunday, April 21, 2013

OTHERS PRODUCT


HEALTHY & BEAUTY PRODUCTS


BB PLUS 


Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida 
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.




Cara pengambilan

Campurkan 1 bungkus Nurich Lacto-Lite ke dalam 200ml air bersuhu bilik, jus buah-buahan atau minuman lain, sebungkus setiap pagi dan malam.





Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink



Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.


Apakah bezanya Hai-O Garam Buluh dengan garam biasa?
Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.


Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, dengan saiz pengambilan yang kurang iaitu ¼ hingga ½ bungkus.


Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.


Hai-O Garam Buluh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, apakah bau itu? Adakah ia membahayakan badan manusia?
Bau garam buluh adalah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Ia tidak membahayakan badan manusia.


Bolehkah garam makan seharian diganti dengan Hai-O Garam Buluh?
Boleh, Hai-O Garam Buluh kaya dengan bahan mineral dan elemen surih, dapat menggantikan garam biasa sepenuhnya.
  • Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan.

  • Cara pengambilan


    Bancuhkan sebungkus Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink dengan 200ml air suam atau jus buah-buahan. Kacau dengan rata dan hidangkan





    Hai-O Mineral Coffee



    Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.
  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan.







  • Euryco Tongkat Ali Ginseng Coffee



    Euryco Tongkat Ali Ginseng Coffee adalah hasil adunan bijian kopi Robusta dan Arabica dari India dan Brazil, ditambah dengan ekstrak Tongkat Ali dan ginseng yang merupakan ubat-ubatan yang bernilai dari Malaysia dan China. Dalam proses pembuatannya, ia tidak ditambah dengan krimer bukan tenusu dan gula, dengan ini ia dapat memberi rasa dan aroma kopi yang terbaik. Sejak turun-temurun, Tongkat Ali dan ginseng terkenal dalam meningkatkan tenaga batin manusia. Euryco Tongkat Ali Ginseng Coffee selain daripada memenuhi cita rasa anda, ia turut menghilangkan keletihan, menyegarkan minda dan melegakan tekanan.






    White Coffee Shake



    White Coffee Shake dihasilkan dengan biji kopi yang dipanggang bersama marjerin bagi menghasilkan warna kopi yang perang keemasan di samping aroma yang wangi dan tekstur yang halus. Kombinasi ini memberi kepuasan terbaik ketika menikmatinya. Penyediaan yang mudah dan cepat membolehkan anda menikmati rasa kopi putih asli pada bila-bila masa.

    Ramuan
    Krimer Bukan Tenusu, Gula, Kopi Arabica Larut, Kopi Robusta Larut dan Maltodextrin.

    Penyimpanan
    Simpan di tempat yang dingin dan kering. Jauhi daripada cahaya matahari.





    Hai-O Organic Spirulina



    Organik, Penjagaan Kesihatan Semulajadi

    Hai-O Organic Spirulina dibiak daripada baka spirulina dalam kolam air mineral di Gunung Da-Wu, kawasan Ping-Tung, Taiwan dengan persekitaran pembiakan yang bersih, tanpa unsur-unsur pencemaran. Ia adalah bebas daripada bahan-bahan kimia, baja, racun serangga atau logam berat dan merupakan makanan semulajadi dengan nutrien-nutrien yang menyeluruh untuk dimakan.

    Hai-O Organic Spirulina mengandungi unsur Apogen®, iaitu sekumpulan protein yang diekstrak daripada alga untuk menjaga dan menjamin kesihatan susuk badan. Kajian Apogen® turut memperoleh paten daripada Amerika Syarikat (No. US 6346408) dengan terbitannya dalam Journal of Medical Virology 70: 119-125 pada Mei 2003 (http://www3.interscience.wiley.com/cgi-bin/jhome/32763).




    Perbandingan Kandungan Nutrien





    PERSONAL CARE


                                      Marine Essence



    Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

    Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

    Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

    Cara penggunaan
    Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.
    Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.




    No comments:

    Post a Comment